Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Thai letak jawatan sebagai ketua tentera

Jul 17, 2019 | 05:30 AM



BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Prayut Chan-o-cha, secara rasmi meletak jawatan sebagai ketua kerajaan tentera kelmarin, sambil mengatakan negara itu akan berfungsi sebagai sebuah demokrasi normal, selepas pemerintahan tentera selama lima tahun.



Encik Prayut kekal sebagai Perdana Menteri dengan sokongan parti protentera di Parlimen dan Dewan Tinggi yang dilantik oleh tentera, di bawah Perlembagaan yang menurut pengkritik menyekat demokrasi dan mengukuhkan peranan politik bagi pihak tentera.



Dalam satu ucapan televisyen kepada negara, Encik Prayut berkata pemerintahan ketenteraan telah membawa kejayaan dalam banyak bidang - daripada menangani penangkapan ikan haram dan perdagangan manusia, hingga operasi menyelamatkan 12 budak lelaki dan jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap dalam sebuah gua yang dilanda banjir tahun lepas.



Mantan ketua tentera itu, yang merampas kuasa dalam satu kudeta pada 2014, berkata campur tangan tersebut diperlukan pada waktu itu untuk memulihkan ketenteraman setelah bantahan jalanan dan pertempuran ganas selama enam bulan, dan hal itu kembali normal setelah pilihan raya pada 24 Mac.



"Thailand sekarang sebuah negara demokratik sepenuhnya dengan kerajaan raja berperlembagaan, dengan sebuah Parlimen yang anggotanya dipilih," kata Encik Prayut.



"Semua masalah akan ditangani secara normal berdasarkan sistem demokratik tanpa menggunakan kuasa khas," katanya, merujuk kepada kuasa meluas yang dimiliki oleh kerajaan tentera.



Minggu lalu, Encik Prayut menggunakan kuasa tersebut untuk mengakhiri pelbagai sekatan media.



Beliau juga memindahkan kes undang-undang awam daripada mahkamah tentera ke mahkamah awam, walaupun beliau mengekalkan kuasa untuk membolehkan pasukan keselamatan menjalankan tindakan memburu dan menangkap yang tidak boleh dicabar.



Raja Maha Vajiralongkorn minggu lalu mengesahkan Kabinet awam baru Encik Prayut, yang dilantik daripada gabungan 19 parti yang memegang majoriti tipis di Parlimen.



Thailand menyaksikan beberapa pergolakan politik dan keganasan - serta dua rampasan kuasa tentera - sejak 15 tahun lalu apabila pasukan politik baru yang menarik sokongan dari kawasan luar bandar mencabar penubuhan kerajaan tentera berasaskan Bangkok.



Orang ramai umumnya berhati-hati mengenai susunan baru yang mungkin dibentuk.



"Kami perlu melihat kerja mereka terlebih dahulu," kata Cik Noppawan Hiranpruk, 47 tahun, seorang pegerai pasar.



"Tidak mengapa mempunyai muka lama dengan syarat mereka mempunyai idea baru untuk membuat perkara baru berlaku", katanya.



Kerajaan baru itu akan mengambil kuasa secara rasminya selepas acara angkat sumpah semalam.



Ia dijadualkan membentangkan dasarnya kepada Parlimen minggu depan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >