Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Vietnam beri amaran tentang bencana ekonomi di sidang puncak Asean

Jun 26, 2020 | 12:35 PM



HANOI: Vietnam pada Jumaat (26 Jun) memberi amaran pandemik virus itu telah menghapuskan keuntungan ekonomi selama bertahun-tahun sedang pemimpin Asia Tenggara bertemu dalam talian bagi sidang puncak yang juga akan didominasi oleh kegelisahan terhadap pergerakan Beijing di kawasan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.


Pengerusi Asean itu juga mahu menggunakan sidang puncak tersebut untuk menyuntik momentum bagi perbincangan mengenai pakatan perdagangan yang disokong China, Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP).


Kesepakatan itu, yang bertujuan menyertakan separuh penduduk dunia dan Hasil Dalam Negeri Kasarnya (GDP), terhambat oleh keengganan India untuk turut serta di atas akses ke pasarannya untuk barangan murah dari China, kuasa besar serantau yang ia kini bergelut dalam pertikaian sempadan yang membawa maut.


Fokus segera untuk blok 10 anggota itu adalah kesan koronavirus yang melumpuhkan, yang telah merosakkan ekonomi negara-negara yang bergantung kepada pelancongan dan eksport seperti Thailand dan Vietnam.


Mesyuarat khas Asean yang diadakan pada April untuk menangani wabak tersebut gagal untuk menyetujui dana kecemasan.


Perdana Menteri negara itu Nguyen Xuan Phuc memberi ucapan pembukaan bernada serius pada Jumaat yang menekankan "akibat serius" wabak itu terhadap pembangunan ekonomi di kalangan anggota Asean.


"Ia telah melenyapkan kejayaan beberapa tahun kebelakangan ini... mengancam nyawa jutaan orang," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >