Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PN sambut baik semangat solidariti AP sokong Muhyiddin: Azmin

Oct 27, 2020 | 11:08 PM



KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponen Ahli-ahli Parlimen (AP) yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung kerajaan PN.



Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata PN tekad untuk terus bekerja kuat bersama rakyat dan barisan hadapan negara bagi memerangi pandemik COVID-19, lapor Astro Awani.



"Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tuntas memberikan kepimpinan dan berganding bahu bersama-sama pakar kesihatan dan ekonomi serta pasukan keselamatan untuk mencerakinkan (memperhalusi) pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani wabak ini secara holistik.



"Perikatan Nasional menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponen; Pas, STAR dan SAPP serta Ahli-Ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung kerajaan Perikatan Nasional.



"Perikatan Nasional menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik merentasi segenap batas perbezaan untuk segera mendakap kesatuan bersama rakyat demi memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini (27 Okt).  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >