KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengeluarkan waran tangkap diplomat Korea Utara yang dikehendaki bagi disoal siasat tentang pembunuhan Encik Kim Jong-Nam jika beliau enggan bekerjasama dengan polis.

Tempoh "berpatutan" akan diberi kepada diplomat itu untuk tampil sebelum polis mengambil tindakan selanjutnya, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, semalam.