Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Polis akan siasat Muhyiddin atas dakwaan berbaur fitnah terhadap PM

Mar 16, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Ketua Polis Daerah Putrajaya, Penolong Pesuruhjaya A Asmadi Abdul Aziz, berkata polis kini sedang dalam proses untuk memanggil Tan Sri Muhyiddin serta saksi-saksi berkaitan.



"Siasatan kini sedang dijalankan dan usaha untuk menghubungi Tan Sri Muhyiddin serta beberapa saksi lain sedang dilakukan.



"Ada yang sudah dihubungi dan ada yang masih dalam proses tindakan (akan dihubungi), namun ketika ini kebanyakan mereka terbabit dalam sesi sidang Parlimen," katanya kepada Berita Harian Malaysia pada Selasa.



Pada Isnin, polis dilaporkan membuka satu kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Datuk Anwar.



Encik A Asmadi dilaporkan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, iaitu fitnah.



Katanya, siasatan dijalankan susulan satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, pada Isnin.



Laporan polis itu berhubung satu video tular di media sosial berkaitan sidang media Tan Sri Muhyiddin selepas beliau didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Encik A Asmadi berkata, siasatan dilakukan atas kandungan kenyataan Tan Sri Muhyiddin dalam video selama 11 minit 11 saat, yang dikatakan mempunyai unsur fitnah terhadap pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara itu.



Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Pada Selasa, satu laporan polis turut dibuat oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Encik Muhammad Kamil Abdul Munim, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan terhadap Tan Sri Muhyiddin.



Laporan polis berkaitan kenyataan oleh Tan Sri Muhyiddin yang mendakwa kes mahkamah terhadapnya ada campur tangan politik.



Katanya, kenyataan yang dilemparkan itu adalah satu tohmahan dan fitnah untuk mencipta persepsi negatif yang tidak baik terhadap Perdana Menteri. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >