Polis Australia patahkan plot serangan ganas di Melbourne

SYDNEY (Australia): Pihak berkuasa Australia telah memberkas tujuh orang sekaligus berjaya mematahkan siri serangan ganas di negara itu yang dipercayai didalangi mereka yang terpengaruh dengan ideologi kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) pada Hari Natal yang menjelang.

Mereka yang diberkas dalam siri serbuan waktu subuh itu terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita, kesemuanya dalam lingkungan 20an tahun. 

Serangan itu disasarkan di pusat bandar Melbourne namun dapat dipatahkan selepas beberapa siri serbuan dan tangkapan dilakukan di seluruh bandar itu, kata polis hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Encik Graham Ashton, mendakwa mereka yang ditahan merancang menggunakan bahan letupan, pisau dan senjata untuk menyerang lokasi-lokasi sibuk termasuklah stesen kereta api Flinders Street, Federation Square dan St Paul's Cathedral.

"Sejak dua minggu lalu kami terpaksa menjalankan siasatan jenayah berkaitan dengan pembentukan, yang kita percaya sebagai satu plot pengganas," katanya pada sidang akhbar.

"Kami percaya bahawa terdapat niat untuk menjalankan apa yang kita panggil serangan pelbagai mod, berkemungkinan pada Hari Krismas.

"Serangan itu yang kami akan dakwa sebagai sedang dirancang, dipercayai melibatkan peletupan acara, penggunaan bahan letupan, dan kami mengumpul bukti untuk menyokongnya," katanya.

Polis juga percaya komplot itu telah merancang untuk menggunakan senjata lain termasuk pisau dan senjata api.

Sasaran serangan yang didakwa itu melibatkan kawasan di tengah-tengah bandar, dan hanya berjarak dekat dari Padang Kriket Melbourne di mana 100,000 orang dijangka akan menghadiri perlawanan kriket pada Hari Boxing antara Australia dan Pakistan.

Daripada tujuh yang ditahan pada pagi Jumaat, lima kekal dalam tahanan. Kesemua mereka berada di bawah pengawasan selama beberapa minggu.

Ashton berkata, empat daripada mereka adalah kelahiran Australia, berlatar belakang Lubnan, dengan yang kelima adalah adalah seorang warganegara Australia kelahiran Mesir, semuanya berusia 20-an.

"Sudah tentu kami percaya ini adalah radikalisasi diri sendiri, tetapi diilhamkan oleh ISIS dan propaganda ISIS," katanya, merujuk kepada kumpulan pelampau.

"Jika ini tidak berada di bawah kawalan kami, kami percaya ia akan menjadi satu serangan besar. Tidak syak lagi tentang itu," katanya.

Beliau menambah: "Dari apa yang kita lihat, sejumlah besar orang berupaya cedera dalam serangan itu. Pasti ia berpotensi untuk menyebabkan beberapa orang cedera atau terbunuh."

Plot digagalkan apabila tahap keselamatan di Australia dipertingkatkan selepas sebuah trak merempuh pasar Krismas di Berlin, membunuh 12 orang dalam serangan yang didakwa oleh IS. - Agensi, mStar Online

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:06
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.