Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Bali siasat tiga kes kematian berasingan

May 09, 2020 | 04:00 PM



DENPASAR: Polis Bali sedang menyiasat kematian tiga warga asing yang ditemui tidak bernyawa di tiga tempat berasingan di pulau peranginan itu, lapor akhbar The Jakarta Post semalam.



Seorang lelaki warga Amerika Syarikat dikenalpasti sebagai Darrel Carlton, 50 tahun, ditemui mati di sebuah villa di Seminyak di daerah Kuta, dalam kawasan Badung, selepas dua warga Australia ditemui mati pada Selasa dan Rabu lalu. 



Ketua Unit Siasatan Polis Kuta, Bagus Nagara Baranacita, berkata, polis masih menyiasat tetapi tiada tanda keganasan pada tubuh Carlton. 



"Kami masih menanti keputusan ujian Covid-19 sebelum menjalankan siasatan lanjut," kata Bagus, sambil menambah penyiasat juga melakukan pemeriksaan di bilik mangsa. 



Pada Rabu lalu, seorang lelaki dari Barat Australia berusia 58 tahun, Kevin James Nunn, ditemui mati di rumah sewanya di Barat Denpasar.



Sehari sebelum itu, seorang warga Australia, Christopher Steven Tolley, 48 tahun, ditemui mati di kamar hotel di Seminyak. Mangsa ditemui di atas katil pada tengah hari itu selepas tidak keluar apabila tiba masa untuk mendaftar keluar. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >