Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Bangladesh tangkap 4 suspek serangan militan di kafe di Dhaka

Feb 01, 2017 | 03:07 PM



DHAKA: Pasukan keselamatan Bangladesh menahan pada Rabu (1 Feb) empat anggota kumpulan militan Islam berkaitan serangan ke atas sebuah kafe di Dhaka tahun lalu, yang mengorbankan 22 orang, kebanyakan mereka warga asing.

Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mendakwa melakukan serangan pada Julai di kawasan diplomatik Dhaka itu, yang merupakan serangan militan paling teruk di Bangladesh.

Empat suspak yang ditahan itu berusia antara 21 hingga 28 tahun dan anggota sebuah puak kumpulan militan Jamaat-ul-Mujahidin Bangladesh (JMB) yang dikenali sebagai New JMB, yang telah berjanji setia kepada ISIS dan disyaki polis sebagai dalang serangan tersebut.

"Salah seorang daripada mereka ialah ketua IT kumpulan itu," kata Mufti Mahmud Khan, jurucakap Batalion Tindakan Pantas, yang dipimpin polis dan terlibat dalam usaha memerangi pengganasan.

Suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di pinggir ibu negara Dhaka, ujar beliau, sambil menambah sejumlah besar senjata api dan bahan letupan ditemui.

Polis telah membunuh sekitar 50 suspek dalam serbuan sejak serangan kafe itu, termasuk seorang lelaki yang menurut polis dalang serangan tersebut, iaitu seorang warga Canada asal Bangladesh, Tamim Ahmed Chowdhury. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >