Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis berbalas tembakan dengan penyerang lepas letupan di bandar Bandung

Feb 27, 2017 | 1:12 PM
Polis mengawal di kawasan di sekitar sebuah pejabat pemerintah tempatan di Bandung, berikutan satu letupan.
Polis mengawal di kawasan di sekitar sebuah pejabat pemerintah tempatan di Bandung, berikutan satu letupan. - GAMBAR REUTERS

JAKARTA: Sebuah bom kecil meletup di sebuah taman di bandar Bandung pada Isnin (27 Feb), dengan penyerangnya melarikan diri ke sebuah pejabat pemerintah dan berbalas tembakan dengan polis.

Tidak ada orang dilaporkan cedera dalam serangan itu, yang polis kaitkan dengan "rangkaian pengganas"". Penyerang itu telah ditangkap.

Selepas letupan tersebut, yang menurut laporan daripada bom yang dibuat daripada periuk tekanan, dia melarikan diri ke dalam sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan.

Rakaman televisyen menunjukkan polis berbalas tembakan dengan lelaki itu, dan sebahagian bangunan tersebut terbakar. Ketua polis tempatan, Encik Anton Charliyan, berkata tiada sesiapa cedera dan semua orang telah dipindahkan dari bangunan itu.

"Kami cuba berunding tetapi sebaliknya dia cuba membakar (tempat itu)," katanya kepada sebuah stesen televisyen tempatan, MetroTV. "Dia daripada rangkaian pengganas," kata beliau, tanpa mengulas lanjut.

Encik Anton berkata penyerang itu, yang tidak dikenal pastinya, cedera semasa berbalas tembakan dengan polis. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg