Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Polis beri amaran usah muat naik kandungan ancam keselamatan, ketenteraman

Amaran susuli pos berkaitan rusuhan kaum Mei 1969 di media sosial yang dituju kepada Pakatan Harapan
Nov 23, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada pengguna media sosial di Malaysia supaya tidak memuat naik kandungan mengancam keselamatan atau ketenteraman awam, selepas beberapa klip video yang menunjukkan rusuhan kaum pada 1969 di negara itu diterbitkan pada akhir musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.



Dalam satu kenyataannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, memberitahu pengguna media sosial supaya berhenti menyalah guna wadah media sosial untuk menyebar kandungan yang dianggap menimbulkan provokasi kerana boleh menyebabkan gangguan awam.



Beliau berkata tindakan tegas akan diambil oleh polis ke atas pesalah.



"Kami telah memberi amaran kepada pengguna media sosial semasa PRU15 dan dalam tempoh peralihan sebelum kerajaan persekutuan yang baru ditubuhkan, supaya tidak memuat naik kandungan yang menyentuh isu kaum dan agama.



"Kami akan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang pengguna yang cuba mengancam keselamatan awam dan ketenteraman awam di bawah Kanun Jenayah dan Akta Perhubungan dan Media," kata beliau.



Suruhanjaya Perhubungan dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga menasihatkan pihak awam supaya menjaga adab dalam talian dan tidak meluahkan pandangan yang boleh mencetus kebencian kaum dan agama.



Pengerusi sementara MCMC, Encik Mohamad Salim Fateh Din, berkata semua parti harus menghormati kesudahan PRU15 dan sebarang keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-10.



"MCMM akan meneruskan usaha mengekang perkongsian maklumat palsu dan kenyataan yang menyentuh secara negatif topik kaum, agama dan kesultanan," ujarnya.



Pengguna media sosial merujuk kepada gugusan pos di TikTok yang memberi amaran rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 boleh berulang. Pos sedemikian, yang kebanyakannya ditujukan kepada penyokong Pakatan Harapan, ditonton ribuan kali.



Data yang dikumpulkan awal tahun ini menunjukkan sekitar separuh daripada kira-kira 30 juta pengguna media sosial di Malaysia menggunakan TikTok.



Sebahagian besar video yang diterbitkan itu mendakwa Parti Tindakan Demokratik (DAP) - parti komponen PH - akan menguasai landskap politik jika PH menubuhkan kerajaan. Setiausaha agung DAP ialah Datuk Seri Anthony Loke, sementara pengerusinya Encik Lim Guan Eng.



DAP diketuai pemimpin Cina tetapi mempunyai anggota berbilang kaum. Ia berkempen pada PRU15 dengan naratif membina kerajaan inklusif bagi berbilang kaum di Malaysia.



Sebahagian video yang diterbitkan di TikTok dan platform media sosial lain juga menyampaikan pesanan anti-Cina dan ancaman terbuka terhadap kaum Cina di Malaysia. Malah, ada mempersoal keagamaan orang Melayu/Islam yang mengundi DAP, dan berkata tiada Muslim akan mengundi parti itu.



Sebahagian tanda pagar, atau 'hashtag', yang mengiringi pos-pos sedemikian berkaitan dengan Perikatan Nasional (PN), yang pada masa ini sedang bersaing dengan PH untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.



PH memenangi 82 kerusi parlimen sementara PN 73 kerusi pada PRU15. Ia bermakna tiada gabungan parti meraih majoriti mudah 112 kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan.



Ini bermakna proses penubuhan kerajaan baru tertangguh, sedang PH dan PN cuba mendapat sokongan daripada Anggota Parlimen (AP) di luar gabungan masing-masing untuk menubuhkan kerajaan.



Semasa tempoh kempen PRU15, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), yang memantau hujah kebencian, berkata ia mendapati naratif berasaskan kaum, termasuk yang memperjuangkan konsep seperti 'Ketuanan Melayu', dipergiat menjelang Hari Mengundi.



Satu lagi pergerakan bukan pemerintah yang memantau naratif kaum dan agama semasa PRU15, yang menggelar diri mereka #KamiNampak, mendakwa presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, turut terlibat dalam naratif perkauman itu.



Ia memberi contoh satu terbitan media sosial di mana beliau menyeru tindakan ganas terhadap kumpulan etnik tertentu.



Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di Malaysia berlaku menyusuli pilihan raya umum dengan beberapa parti pembangkang, termasuk DAP, merampas beberapa kerusi yang dimiliki Parti Perikatan yang ketika itu diterajui Umno.



Laporan rasmi menyatakan sekitar 200 nyawa terkorban.



Insiden itu mencetus perisytiharaan Darurat yang memaksa Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, meletak jawatan, dan digantikan oleh Tun Abdul Razak.



Menyusuli itu, Dasar Ekonomi Baru Malaysia dilaksana bagi memberi keutamaan kepada bangsa Melayu dan Bumiputera, berteras ideologi Ketuanan Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >