Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis berkas lelaki asal Austria yang didakwa kurung bapa, lima anak

Oct 20, 2019 | 5:30 AM
Polis berkas lelaki asal Austria yang didakwa kurung bapa, lima anak
RUINERWOLD (Belanda): Penyiasat Belanda percaya bahawa seorang lelaki asal Austria bertanggungjawab mengurung keluarga enam beranak - ayah serta lima anak remajanya - untuk tempoh hampir sedekad di rumah ladang mereka di sini sebelum keluarga itu dapat dibebaskan.
Pegawai menarik perhatian bahawa lelaki berusia 58 tahun itu - yang dikenalpasti dengan nama Josef B oleh media tempatan - diberkas selepas polis menemui keluarga enam orang itu terperap dalam besmen kecil di desa Ruinerwold, di utara wilayah Drenthe.