Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis geledah rumah susulan letupan kereta di Nashville

Dec 28, 2020 | 05:30 AM



NASHVILLE: Polis Amerika Syarikat menggeledah sebuah rumah di Nashville susulan insiden letupan kuat dari sebuah kenderaan yang menggegarkan bandar itu kelmarin.



Serbuan dijalankan di Antioch selepas media Amerika melaporkan seorang individu berusia 63 tahun dipercayai mempunyai kaitan dalam letupan itu.



Setakat ini, polis berkata letupan itu sebagai tindakan 'disengajakan' tetapi motifnya masih belum jelas ketika Biro Siasatan Federal (FBI) turut terbabit menyiasat kes tersebut.



Jurucakap FBI berkata belum ada tangkapan dibuat namun maklumat yang diperoleh dalam kejadian itu menjurus kepada siasatan di rumah yang diserbu.



Kelmarin bandar Nashville digegarkan dengan letupan berpunca daripada sebuah kenderaan dipercayai dipasang bom.



Letupan itu memusnahkan cermin bangunan dan pokok, mencederakan tiga orang dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.



Namun beberapa media Amerika melaporkan kelmarin malam bahawa pengebom mungkin terbunuh dalam letupan tersebut tetapi pihak berkuasa tidak mengesahkan secara rasmi sebarang laporan.



Insiden itu menyebabkan kira-kira 40 bangunan rosak teruk, permukaan jalan menjadi hitam, serpihan kaca kawasan perniagaan, restoran dan bar berselerakan.



"Kerosakan amat mengejutkan dan ia adalah sesuatu yang ajaib tiada penduduk yang terbunuh," kata Gabenor Tennessee Bill Lee di Twitter kelmarin.



Sebelum insiden yang memecah keheningan pagi Krismas itu, polis menerima laporan mengenai bunyi tembakan dilepaskan pada sebuah kenderaan di bandar itu.



Satu mesej yang dirakam dan dimainkan dengan kuat daripada kenderaan itu memberi amaran bom akan meletup dalam tempoh 15 minit, memberi masa yang cukup untuk skuad bom mengosongkan kawasan sebelum letupan berlaku, kata Ketua Polis Nashville, Encik John Drake dan jurucakap Don Aaron, kepada wartawan.



"Selamatkan diri sekarang. Ada bom dalam kenderaan ini yang akan meletup," kata seorang saksi menceritakan mengenai mesej itu.



Gambar yang tersebar di media sosial selepas insiden itu menunjukkan asap hitam menjulang ke udara daripada kenderaan yang meletup dan terbakar itu, serta keadaan hadapan kedai yang musnah.



Pihak berkuasa berkata mereka sedang meneliti 500 bahan dan tip serta pemeriksaan ke atas kawasan tersebut tidak menemui alat letupan yang lain. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >