Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Polis Indonesia '90% yakin' militan terbunuh pengganas paling diburu

Jul 19, 2016 | 03:35 PM

JAKARTA: Polis semakin yakin militan yang terbunuh pada Isnin (18 Julai) ialah pengganas paling diburu di Indonesia - Santoso.

Pegawai polis Indonesia yang pernah bertempur dengan Santoso, serta penduduk tempatan, mengatakan kemungkinan besar orang yang terbunuh itu ialah Santoso, kata Ketua Polis Negara Tito Karnavian.

"Kita katakan kemungkinan 90 peratus dia Santoso," kata Jeneral Tito pada Selasa (19 Julai), ketika apakah ia mayat pemimpin Mujahideen Indonesia Timur (MIT) itu.

"Ini berdasarkan beberapa pegawai yang mengawal Santoso semasa dia ditangkap pada 2005."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada Presiden Joko Widodo di Istana Negara.

Berita Popular

Polis sedang menjalankan satu siri ujian forensik ke atas mayat militan itu, yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan hutan di Poso, Sulawesi Tengah pada Isnin.

Santoso dan orang-orangnya daripada MIT telah berikrar setia kepada kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), dan merupakan menjadi dalang banyak serangan ke atas polis dalam tahun-tahun kebelakangan.

Pada Mac, Amerika Syarikat meletakkan penetapan pengganas khas ke atas Santoso, menyekat sebarang aset yang mungkin dimilikinya di negara itu, mengharamkan rakyat Amerika berurusan dengan dia, dan membuka jalan bagi tindakan penguatkuasaan undang-undang Amerika terhadapnya.

Identiti lelaki yang disyaki adalah Santoso tidak dapat dipastikan dengan segera.

Tahi lalat di dahinya, bagaimanapun, membuat polis mengesyaki mereka mungkin akhirnya berjaya membunuh pengganas itu.

Lelaki itu salah seorang daripada dua militan yang maut semasa pertempuran antara ahli MIT dan tentera terlibat dalam Operasi Tinombala - misi bunuh atau tangkap Santoso - pada 5.30 petang waktu tempatan di Poso.

Tiga yang lain, termasuk dua wanita, seorang daripadanya dipercayai isteri Santoso, dapat melarikan diri, kata polis.

Jeneral Tito berkata ada juga kemungkinan tinggi militan kedua yang mati ialah Basri, ahli MIT yang mempunyai sejarah militan panjang. Basri, katanya, dikenal pasti melalui tatunya.

"Jika benar (mereka) Santoso dan Basri, sisa-sisa pergerakan mereka di Poso akan menjadi tidak penting," kata Jeneral Tito.

Kira-kira 3,500 askar dan polis Indonesia telah dikerah menyisir hutan dan kawasan pergunungan Poso untuk mencari MIT dan Santoso.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map