Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Indonesia banteras sebaran berita palsu

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



JAKARTA: Polis Indonesia dilaporkan berjaya membongkar keahlian Tentera Siber Islam (MCA) iaitu sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan tuduhan menggunakan Facebook, Instagram dan Twitter bagi menyerang pemerintah dan mencetuskan ekstremisme agama.



Sejak 26 Februari lalu, enam anggota MCA ditahan dan polis Indonesia masih memburu anggota kumpulan itu yang dipercayai aktif di seluruh Indonesia.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia, Ari Dono Sukmanto, berkata berdasarkan siasatan, kumpulan itu juga menggunakan media sosial dalam menyebarkan isu provokatif, mencemarkan nama baik presiden Indonesia dan tokoh tertentu.



Kumpulan berprofil tinggi menyebarkan berita palsu mendakwa berpuluh-puluh ulama Islam diserang oleh pihak berhaluan kiri dan parti komunis yang diharamkan di Indonesia, menurut polis.



Ketua Hal Ehwal Sosial Polis Indonesia, Encik Gatot Eddy Pramono, berkata kumpulan itu mahu menjejaskan pemerintah dan mencipta konflik sosial.



Pembongkaran itu antara langkah pihak berkuasa Indonesia yang semakin agresif memburu individu dan kumpulan tertentu yang terbabit dalam menyebarkan berita palsu, yang dilihat cuba memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan kekacauan menjelang pilihan raya Presiden Indonesia tahun depan.



Tindakan tersebut dilakukan berikutan wujud kebimbangan berita palsu boleh mencetuskan pergaduhan antara masyarakat dan agama di negara majoriti Muslim terbesar dunia itu.



Peraturan Perundangan di Indonesia menetapkan bahawa mereka yang didapati bersalah menyebarkan berita palsu boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.



Mengikut Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 berkenaan Informasi dan Transaksi Elektronik (Pasal 14), mereka yang didapati bersalah menyiar dan menyebarkan berita palsu boleh dikenakan denda maksimum 10 tahun penjara dan denda maksimum 1 bilion Rupiah ($0.3 juta).



Walaupun pernah berdepan kempen memburuk-burukkan Presiden Joko Widodo ketika pemilihan Presiden pada tahun 2014, kawalan ketat pihak berkuasa menunjukkan bahawa serangan lebih buruk bakal berlaku pada kempen akan datang.



Indonesia akan mengadakan pemilihan tempatan pada Jun ini sebelum menjelang pilihan raya Presiden pada 2019.



Bulan lalu, Kementerian Komunikasi mengumumkan akan menggunakan perisian baru bagi mengenal pasti laman web berita palsu.



Kira-kira 130 juta rakyat Indonesia iaitu separuh daripada populasi, menghabiskan masa selama tiga jam setengah setiap sehari bagi melayari media sosial, salah satu kadar tertinggi di dunia, menurut data agensi yang berpangkalan di London, We Are Social dan platform pengurusan media sosial, Hootsuite.



"Kebanyakan rakyat Indonesia mungkin tidak tahu menilai berita apa yang palsu atau bohong," kata pengarah jabatan media pertubuhan Nahdlatul Ulama, Encik Savic Ali. - Agensi berita.




SEKILAS



  • Tentera Siber Islam (MCA) berkomunikasi dengan aplikasi Zello Zello - aplikasi handy talkie di telefon bimbit bagi pastikan perbincangan mereka tidak dapat dikesan.

  • Komunikasi dilakukan bagi sampaikan tugas dan latihan kepada anggota.

  • Penyampaian tugas juga dilakukan melalui Facebook dan Telegram.

  • MCA dibahagi kepada tiga kumpulan di Facebook, iaitu The United Muslim Cyber Army; Cyber Moeslim Defeat MCA, dan Sniper Team.

  • Ia bentuk sembilan kumpulan di aplikasi WhatsApp yang guna nama MCA atau yang serupa iaitu The Family MCA melalui Akademi Tempur MCA; Pojok MCA; The United MCA; The Legend MCA; Muslim Coming; MCA News Legend, Special Force MCA, Srikandi Muslim Cyber dan Muslim Sniper.

  • Polis berkas pengurus kumpulan, Suhendar Permana yang berada di Korea Selatan.

Empat suspek yang ditangkap di Jakarta, Pangkal Pinang, Bali dan Jawa Barat adalah Muhammad Luth, Rizky Surya Dharma, Yuspiadin, dan Ramdani Saputra.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >