Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Indonesia cari militan disyaki penggal kepala 1 mangsa, bunuh 3 lagi di Sulawesi

Nov 28, 2020 | 6:40 PM
MISI MENJEJAK: Polis Indonesia sedang mencari militan yang disyaki membunuh empat warga Kristian di desa Sulawesi, membakar rumah mereka dan pos Salvation Army. - Foto REUTERS
MISI MENJEJAK: Polis Indonesia sedang mencari militan yang disyaki membunuh empat warga Kristian di desa Sulawesi, membakar rumah mereka dan pos Salvation Army. - Foto REUTERS -

JAKARTA: POLIS Indonesia sedang mencari anggota militan yang disyaki membunuh empat orang, memenggal kepala salah seorang daripada mereka dan membakar rumah mangsa.

Jurucakap polis, Encik Awi Setiyono, memberitahu saluran Metro TV, seorang saksi memberitahu pihaknya, seramai 10 militan yang dikaitkan dengan sebuah kumpulan pengganas telah mengelar tekak kesemua mangsa yang terbunuh di samping memenggal kepala salah seorang daripada mereka dalam kejadian di pulau Sulawesi itu.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan motif serangan tersebut.

Kumpulan pejuang hak memberitahu agensi berita Reuters bahawa mangsa dipercayai beragama Kristian.

Indonesia sebagai negara dengan penduduk Islam paling ramai berdepan dengan serangan militan berselang-seli sejak akhir-akhir ini.

"Serangan ini adalah satu lagi peningkatan (kes pengganasan) serius terhadap minoriti Kristian di Indonesia," kata pengkaji dari Human Rights Watch, Encik Andreas Harsono.

Ketua Komunium Gereja di Indonesia, Encik Golmar Gultom mengesahkan mangsa merupakan warga Kristian. Beliau menggesa pihak berkuasa agar menghurai kes ini.

Kumpulan penyokong International Christian Concern yang berpangkalan di Washington pula memuatnaikkan berita di lamannya pada Jumaat bahawa seorang pengganas didakwa membunuh empat warga Kristian di desa Sulawesi, membakar rumah mereka dan pos Salvation Army.

"Kami sedang berusaha menghurai kes ini dengan 100 orang kini dikerahkan bagi mencari pengganas berkenaan," jelas Encik Awi.

Sungguhpun begitu, siasatan dijangka berdepan dengan beberapa hambatan memandangkan kejadian ini berlaku di desa berbukit lagi terpencil berhampiran daerah Sigi di wilayah Sulawesi Tengah, tambah beliau. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg