Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Indonesia tembak mati 3 pengganas

Dec 21, 2016 | 03:14 PM



JAKARTA: TIGA individu yang disyaki pengganas telah mati dibunuh menyusuli satu serbuan yang dilakukan polis Indonesia di pinggir Jakarta hari ini.



Serbuan itu sekaligus meranapkan operasi serangan nekad yang cuba dilakukan kumpulan itu terhadap anggota polis yang berkawal semasa sambutan Hari Natal.



Menurut jurucakap polis Indonesia, Argo Yuwono, ketiga-tiga lelaki berkenaan cuba menghalang penangkapan dan melemparkan bahan letupan ke arah polis ketika mereka membuat serbuan di sebuah rumah sewa di kawasan kejiranan dipanggil Puri Serpong 2 di Selatan Tangerang, wilayan Banten.



Polis percaya mereka yang dibunuh punya kaitan dengan penangkapan beberapa militan yang ditahan pada 10 Disember lalu di pinggir Jakarta yang merancang melakukan serangan nekad semasa acara menukar pengawal di istana presiden keesokan harinya.



"Mereka merancang menikam seorang anggota polis yang berada di pondok polis, dan apabila para anggota polis lainnya berkumpul, seorang lain yang membawa bom akan datang dan meletupkan dirinya," kata jurucakap polis, Brigadier Jenderal Rikwanto kepada pihak media.



"Kami belum dapat pastikan peranan setiap daripada mereka, termasuk siapakah yang akan bertindak sebagai penyerang nekad," kata BG Rikwanto sambil menambah kesemua lelaki itu ada kaitan dengan satu sayap pengganas di Solo, Jawa Tengah yang merancang untuk menyerang istana presiden awal bulan ini.



Ketiga-tiga individu yang ditembak dikenali sebagai 'Omen', 'Helmi' dan 'Irwan' sementara yang diberkas dikenali sebagai 'Adam'.



Seorang lagi jurucakap polis, Awi Setiyono berkata, dua pengganas itu merupakan anggota Jamaah Ansharut Daulah, tetapi beliau memberikan identiti kedua-dua mereka.



"Ketiga-tiga yang terbunuh enggan menyerah sewaktu serbuan dibuat. Mereka melontar bom dan menembak ke arah polis. Bom itu bagaimanapun tidak meledak. Polis juga menemui satu lagi bom lebih besar dalam rumah itu," kata BG Rikwanto kepada Metro TV.



Menurutnya lagi, skuad antipengganas polis Detachment 88 telah mempertingkatkan serbuan sempena musim perayaan ini.



Unit antipengganas itu sebelumnya telah menangkap sekurang-kurangnya 10 anggota sayap Solo, yang mana polis percaya ia dibangunkan oleh seorang militan Indonesia, Bahrun Naim, yang kini berperang di Timur Tengah bersama-sama kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).



Antara mereka yang diberkas termasuklah tiga wanita, seorang daripadanya ialah Dian Yulia Novi, yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Singapura dan Taiwan.



Dian, 27 tahun, telah menyembunyikan sebuah bom dalam tempat memasak nasi di rumah sewanya sewaktu dia diberkas di Bekasi, Jawa Barat. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >