Polis Indonesia tingkat langkah keselamatan jelang Krismas, Tahun Baru
Premium
Polis Indonesia tingkat langkah keselamatan jelang Krismas, Tahun Baru
Dec 25, 2018 | 5:30 AM
BUAT PERSEDIAN: Jakarta Cathedral dihias bagi perayaan Krismas. Gereja-gereja di Indonesia merupakan antara kawasan yang akan dilindungi pegawai polis menjelang Krismas dan Tahun Baru dalam menjangkakan serangan pengganas. - Foto THE JAKARTA POST -
HAMPIR 168,000 pegawai polis akan dikerahkan bagi melindungi sekitar 58,000 kawasan keselamatan menjelang Krismas dan Tahun Baru dalam menjangkakan berlakunya serangan pengganas dan jenayah lain.
Jurucakap Polis Nasional, Brigedier-Jeneral Dedi Prasetyo berkata, lebih 48,000 gereja dan 1,904 kawasan sambutan Tahun Baru akan dilindungi pasukan keselamatan tahun ini.

