JOHOR BAHRU: Polis Johor telah membanteras satu sindiket dadah yang dikendalikan sebuah keluarga tujuh anggota dan merampas lebih 100 kilogram ganja.
Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ketua keluarga dan sindiket berusia 64 tahun, isterinya, anak serta menantu ditangkap dalam satu siri serbuan berakhir sekitar 7 pagi pada Khamis (1 Oktober).
Beliau berkata empat lelaki dan tiga wanita ditangkap dalam empat serbuan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri (Nusajaya). Polis juga merampas 109 kilogram ganja bernilai RM272,500 ($89,500).
"Kami percaya sindiket ini aktif sejak tahun lalu di mana mereka membawa masuk dadah dari Thailand ke Johor untuk pasaran setempat," kata beliau dalam satu sidang media.
Polis juga merampas lapan kenderaan, wang tunai RM23,190 dan barang kemas bernilai RM178,640. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK