Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Johor sangkal dakwaan warga SG bakal jadi sasaran perompak

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BARU: Polis Johor telah menyangkal kenyataan yang kian tular di media sosial yang mendakwa ada perompak yang sedang menanti untuk memburu warga Singapura yang memasuki negeri itu apabila sempadan darat antara Malaysia dengan Singapura dibuka semula nanti.



Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata polis akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar maklumat palsu, khabar angin atau berita tanpa bukti berhubung perkara itu, lapor The Malay Mail.



Beliau turut menekankan indeks jenayah keseluruhan di negara itu bagi tempoh dari Januari hingga bulan ini telah berkurangan 39.67 peratus dan keadaan jenayah adalah terkawal.



"Kejadian sambar dan rompak di Johor dalam tempoh yang sama juga berkurangan 125 kes, iaitu 77.64 peratus berbanding pada tahun lalu. Juga, perbuatan rompakan dari motosikal juga telah berkurangan 1,099 kes atau 51.05 peratus," kata beliau dalam satu kenyataan.



Datuk Ayob juga berkata polis akan terus bertindak secara keras untuk membasmi jenayah dan memastikan negeri Johor selamat untuk didiami dan dilawati.



Justeru, beliau menasihatkan pihak awam supaya tidak mempercayai apa yang disebar di media sosial dan mengesahkan sebarang maklumat yang diterima.



Awal dari itu, kenyataan tersebut mendakwa ratusan perompak yang menunggang motosikal di Johor sedang bersedia memburu pelancong dari Singapura sebaik sahaja sempadan Malaysia-Singapura dibuka semula.



Antara lain, kenyataan itu juga mendakwa polis tidak mampu mengambil tindakan yang sewajarnya apabila jenayah itu berlaku kerana ada terlalu ramai perompak yang terlibat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >