Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis jumpa bom tangan, pistol dalam serbuan dadah

Oct 21, 2019 | 03:12 PM



GEORGE TOWN - Polis menyerbu sebuah apartmen di Bukit Dumbar, Penang semalam (20 Oktober) mencari dadah, tapi menjumpai dua bom tangan dan 600 pusingan peluru hidup.



Kumpulan polis narkotik menyerbu tingkat 15 apartmen itu sekitar 7.30 malam semalam, setelah seorang suspek yang diberkas membawa polis ke sana.



Dipercayai suspek yang ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah, memberitahu polis bahawa lebih banyak dadah yang tersembunyi di apartmen itu.



Namun, pegawai polis terkejut apabila terjumpa peluru hidup tersorok di bilik penyimpanan hos api.



Seorang penghuni yang tinggal di bangunan itu dahulu memberitahu The Star bahawa unit bersebelahan hos api pernah diserbu polis sebelum ini, dan seorang lelaki diberkas setelah polis menjumpai dadah dan pistol dalam unit itu.



Pada 1 pagi tadi, seorang polis kelihatan meninggalkan tempat kejadian dengan membawa sebuah kotak dibungkus dengan kain hijau, dipercayai mengandungi bom tangan.



Polis masih menyiasat. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >