Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis KL tumpaskan sindiket tipu pungut derma badan kebajikan

Oct 06, 2023 | 12:08 PM



KUALA LUMPUR: Kegiatan licik satu sindiket penipuan dalam talian berkaitan pungutan derma untuk tiga persatuan kebajikan yang beroperasi sejak lima tahun lalu berjaya ditumpaskan Polis Kuala Lumpur.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata sindiket itu dikesan menyediakan tujuh akaun bank yang menggunakan nama syarikat berbeza untuk mereka yang bersetuju memberikan derma dan aktif di media sosial.

Beliau berkata kejayaan itu adalah susulan serbuan polis ke atas sebuah premis di Kepong, Kuala Lumpur, yang dipercayai dijadikan pusat panggilan untuk kegiatan memungut derma daripada orang ramai, pada Rabu.

Katanya, menerusi serbuan itu, polis menahan 55 individu terdiri daripada 34 lelaki dan 21 wanita, kesemuanya warga tempatan berusia antara 18 hingga 42 tahun.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini berperanan sebagai pemanggil yang menghubungi mangsa iaitu penderma individu atau syarikat untuk menghulurkan derma kepada beberapa badan kebajikan.

“Sindiket ini turut mengiklankan derma kebajikan melalui Facebook untuk meraih simpati penderma,” katanya dipetik Berita Harian Malaysia (BHM) pada Khamis.


Datuk Allaudeen berkata dalam serbuan itu, polis merampas 53 komputer riba, 126 telefon bimbit, 108 buku resit serta dua modem router.

Katanya, pemanggil akan menghubungi mangsa tidak kira individu atau syarikat dan merayu derma daripada mereka untuk tiga persatuan kebajikan terbabit.

“Semakan mendapati tiga persatuan kebajikan terbabit wujud, namun sedang menjalankan siasatan lanjut sama ada nama persatuan itu hanya diperguna oleh sindiket atau mempunyai kaitan secara langsung dengan sindiket.

“Kita sedang semak sama ada sindiket ini mengambil komisen daripada jumlah derma yang dikutip atau mengaut semua wang derma itu.

“Siasatan juga akan dijalankan ke atas tiga persatuan kebajikan terbabit termasuk latar belakang sumber kewangan dan sebagainya,” katanya.

Menurut Datuk Allaudeen, sindiket berkenaan beroperasi sejak lima tahun lalu dan siasatan lanjut dijalankan berhubung jumlah derma yang dikutip sepanjang tempoh itu.

“Ahli sindiket akan menerima 10 hingga 20 peratus komisen daripada kutipan jika kutipan mencapai sasaran ditetapkan.


“Seramai 50 individu ditahan reman sehingga 6 Oktober ini manakala lima lagi individu ditahan reman sehingga 8 Oktober. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >