Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Korea S siasat ibu bapa lepas mayat bayi ditemui dalam bekas kimchi

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Polis sedang menyiasat ibu bapa seorang bayi yang ditemui mati dalam bekas plastik, sambil mendakwa mereka menyembunyikan kematian anak perempuan mereka yang berusia 15 bulan itu selama tiga tahun sejak bayi itu meninggal dunia.



Polis percayai ibu 34 tahun itu meninggalkan bayinya di rumah mereka hingga mati, sedang bapa bayi itu, 29 tahun, di penjara. Selepas bayi itu mati, si ibu menyimpan mayatnya di rumah, lapor The Korea Herald.



Menurut laporan itu, selepas dibebaskan dari penjara, si bapa memindahkan mayat itu ke rumah ibu bapanya di bandar Pocheon di Wilayah Gyeonggi.



Dia kemudian dilaporkan memasukkan mayat itu ke dalam bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan kimchi dan menyembunyikannya di bumbung.



Kematian bayi itu tidak disedari hingga pegawai bandar melaporkan bayi itu hilang selepas mengetahui dia tidak didaftar di prasekolah atau mendapatkan pemeriksaan kesihatan.



Pegawai memfailkan laporan polis pada 27 Oktober lalu selepas tidak dapat menghubungi ibu itu.



Tiga hari kemudian, polis menahan ibu itu kerana disyaki melanggar undang-undang kebajikan kanak-kanak.



Dalam temu bual awal bersama polis, dia menafikan bayinya telah mati, sebaliknya berkata dia meninggalkannya di jalanan.



Namun, semasa penyiasatan berikutnya, dia mengakui dia dan suaminya menyembunyikan mayat anak perempuan mereka.



Pada 16 November, dua hari selepas menemui mayat itu, polis menahan bapanya.



Polis masih berusaha mengenal pasti keadaan dan motif jenayah itu. Bedah siasat sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >