Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis larang bantahan anti-Ahok yang dirancang Sabtu ini

Feb 09, 2017 | 10:02 AM



JAKARTA: Nasib nampaknya sudah berubah bagi Front Pembela Islam (FPI), kumpulan tegar yang mengetuai beberapa bantahan jalanan terhadap Gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, berhubung dakwaan kononnya beliau menghina Islam.



Polis bukan sahaja mengumumkan mereka telah mengharamkan kumpulan itu mengadakan satu lagi perhimpunan di Jakarta Sabtu (11 Feb) ini, bahkan mengisytiharkan jurucakap FPI, Encik Munarman, seorang suspek kerana didakwa menghina kaum Hindu di Bali.



Langkah kedua itu berikutan beberapa kumpulan majoriti Hindu di Bali memfailkan aduan terhadap Encik Munarman bulan lalu.



Jurucakap polis kebangsaan Martinus Sitompul mengesahkan pada Rabu siasatan awal di Bali melibatkan 26 saksi.



Beliau berkata surat saman dan perintah siasatan telah dihantar kepada Encik Munarman di ibu pejabat FPI di Jakarta, dan beliau mesti melaporkan diri untuk disoal siasat oleh polis Bali pada Jumaat.



Polis tidak mendedahkan butir-butir aduan itu, tetapi menurut laporan berita tempatan, Encik Munarman didakwa menuduh pegawai Hindu, yang dikenali sebagai pecalang, menghalang umat Islam di Bali menunaikan solat Jumaat.



Kes terhadap Encik Munarman menyusuli siasatan berprofil tinggi terhadap pemimpin FPI, Encik Rizieq Shibab, yang menghadapi pelbagai tuduhan menghina ideologi negara Pancasila dan orang Kristian, membuat ucapan kebencian dan menyebarkan pornografi.



Ulama itu pengkritik paling kuat Encik Basuki, yang sedang menghadapi perbicaraan bagi tuduhan menghina Islam akibat tekanan daripada kumpulan seperti FPI.



Ahli politik Cina Kristian itu, yang lebih dikenali sebagai Ahok, sedang berusaha dilantik semula sebagai gabenor Jakarta.



Encik Rizieq, yang menggunakan pengaruhnya di FPI dan Penjaga Fatwa Kebangsaan Majlis Ulama Indonesia (GNPF-MUI), memainkan peranan utama dalam ketiga-tiga bantahan anti-Ahok tahun lalu, apabila beribu-ribu orang menyertai perhimpunan menentang Encik Basuki.



Satu bantahan keempat pada Sabtu (11 Feb) ini - hanya empat hari sebelum tujuh juta pengundi Jakarta menuju ke pilihan raya - telah diharamkan polis.



FPI juga mengerahkan ratusan anggotanya berkumpul di luar perbicaraan terhadap Basuki setiap minggu untuk menggesa agar beliau ditangkap dan dipecat daripada jawatan.



Bagaimanapun, sokongan bagi kegiatan anti-Ahok telah berkurangan berikutan siasatan baru terhadap Encik Rizieq.



Kes terbaru berkisar sembang WhatsApp agak lucah kononnya antara beliau dan Cik Firza Husein, pemimpin sebuah pertubuhan yang menghormati mantan presiden Suharto.



Akhbar Jakarta Post melaporkan pada Rabu orang ramai yang membantah di luar Kementerian Pertanian, tempat perbicaraan terhadap Encik Basuki diadakan, telah menipis dengan ketara.



Encik Rizieq sendiri sedang merasai bahang daripada pelbagai siasatan polis terhadapnya.



Ulama itu tidak hadir pada temu bual yang dijadualkan pada Selasa dengan polis Jawa Barat di Bandung.



Peguamnya, Encik Kiagus Muhammad Choiri, berkata Encik Rizieq tidak sihat untuk disoal siasat kerana keletihan.



Jurucakap polis Jawa Barat Yusri Yunus berkata pada Rabu saman kedua telah dikeluarkan kepada Encik Rizieq untuk beliau melaporkan diri bagi disoal siasat esok.



Sementara itu, pemimpin GNPF-MUI, Encik Bachtiar Nasir, mengabaikan pada Rabu saman polis mengarahkan beliau melaporkan diri untuk disoal siasat berkaitan bagaimana perhimpunan anti-Ahok pada 2 Dis dibiayai.



Sekumpulan sekurang-kurangnya 11 aktivis politik ditahan polis beberapa jam sebelum perhimpunan tersebut, berkaitan dakwaan pakatan menghasut penunjuk perasaan untuk menggulingkan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >