Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis letupkan bungkusan disyaki bom dekat kedutaan AS di Manila

Nov 28, 2016 | 12:42 PM



MANILA: Polis Filipina meletupkan sebuah bungkusan mencurigakan yang disyaki mungkin bom buatan sendiri, yang ditemui dalam sebuah tong sampah berhampiran kedutaan Amerika Syarikat di Manila pada Isnin (28 Nov), menurut ketua polis ibu negeri.



Tidak ada kerosakan akibat letupan terkawal itu, ujar Superintenden Kanan Joel Coronel, walaupun kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.



Urusan di kedutaan itu diteruskan seperti biasa, dengan berpuluh-puluh rakyat Filipina beratur di luar untuk memohon visa. Tiada komen segera mengenai kejadian tersebut daripada para pegawai kedutaan.



Ketua polis itu berkata pihaknya menerima panggilan sebelum 7 pagi waktu tempatan daripada seorang tukang sapu jalan yang menemui sebuah telefon bimbit dengan wayar elektrik hitam dan merah disambungkan pada bungkusan itu.



"Tidak ada bahaya, tidak ada sebab untuk bimbang," kata beliau sambil menambah tidak ada bahan letupan dalam bungkusan itu.



"Letupan yang anda dengar disebabkan... letupan terkawal. Kami sedang berusaha mengenal pasti orang yang meninggalkan bungkusan itu dalam tong sampah," katanya.



Bagaimanapun, seorang pegawai risikan polis, yang meminta tidak dikenal pasti kerana tiada kuasa bercakap kepada media, berkata telefon mudah alih itu disambungkan pada sebuah peluru meriam 81mm.



"Kami masih menjalankan siasatan lanjut untuk memeriksa apakah kelengkapan itu hidup," katanya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >