KUALA LANGAT - Polis Malaysia sedang mencari beberapa suspek bersenjata parang yang melakukan rompakan. Kejadian itu dirakam melalui CCTV dan menjadi tular di media sosial.
Dalam video selama 3 minit 39 saat itu, lapan orang dilihat sedang menjamu selera di meja sambil menonton televisyen apabila tiga lelaki bertopeng dan membawa parang memasuki sebuah rumah di Bandar Saujana Putra di Selangor.
Suspek itu menunjukkan parang mereka dan memaksa lapan mangsa berusia 12 hingga 70 tahun untuk memasuki bilik. Ketua polis bahagian Kuala Langat Azizan Tukiman berkata siasatan menunjukkan enam suspek itu melakukan kejadian itu sekitar 9.41 malam pada Selasa (23 Julai).
"Mereka mengikat tujuh mangsa ke dalam bilik di bawah. Seorang wanita dibawa ke atas dan diarah memberikan semua barang kemas dan barang berharga yang diturutinya,'' kata beliau.
Mangsa kehilangan barangan bernilai lebih RM30,000 (S$9,950). Tidak ada siapa yang cedera. Mangsa dapat membebaskan diri dan meminta bantuan jiran mereka setelah suspek melarikan diri. - The Star/Asia News Network