Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Malaysia rayu maklumat kes lelaki dipukul teruk dalam video viral

Nov 30, 2016 | 9:47 AM
Watch on YouTube

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sedang mencari maklumat mengenai sebuah video viral yang menunjukkan seorang lelaki dipukul dengan kayu buluh berulang kali.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis belum mengenal pasti mangsa atau pelaku dalam video itu.

"Sesiapa yang tahu atau mempunyai maklumat, sila tampil dan memberitahu kepada kami," katanya dalam satu sidang media pada Selasa (29 Nov).

Tan Sri Khalid berkata demikian semasa mengulas klip video 51 saat yang dimuat naik oleh naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, pada Isnin.

Video tersebut menunjukkan mangsa terperangkap di satu sudut bilik tidur, merayu agar pukulan itu dihentikan.

Penyerangnya dilihat melepaskan beg sandangnya dan berulang kali memukul mangsa di bahagian kaki.

Seorang lagi lelaki yang berada di situ nampaknya tidak membuat sebarang usaha untuk menghentikan pukulan ganas itu.

Tidak diketahui apa yang menyebabkan kejadian itu atau bila ia berlaku.

Video itu dikongsi telah lebih 7,000 kali di Facebook dan menerima lebih 900 komen.

Ramai netizen menggesa polis menyiasat kejadian itu. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg