Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Malaysia siasat dakwaan anak Anwar dibuli di jalan raya

Jan 21, 2023 | 5:01 PM
Anak perempuan PM Anwar Ibrahim, Nurul Ilham (kiri sekali) mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya. FOTO: NUR ILHAM ANWAR/ TWITTER
Anak perempuan PM Anwar Ibrahim, Nurul Ilham (kiri sekali) mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya. FOTO: NUR ILHAM ANWAR/ TWITTER -

KUALA LUMPUR : Polis Malaysia telah memulakan siasatan berikutan dakwaan anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Cik Nurul Ilham, bahawa beliau menjadi mangsa buli jalan raya. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan ketika beliau menuju ke Seremban. Ketua Polis Daerah Serdang, Encik A. Anbalagan, berkata satu klip video berdurasi 14 saat kejadian itu dikongsi Cik Nurul Ilham di akaun Twitternya, dan ia kemudian menjadi tular. Ia menunjukkan Proton Iriz di lorong kanan bergerak perlahan dan menekan brek beberapa kali. Menurut siasatan awal, kejadian itu melibatkan kemalangan dan kedua-dua pihak mengalami kecederaan. "Kedua-dua pemandu, termasuk Cik Nurul Ilham, dipanggil untuk merekodkan keterangan mereka sementara kes disiasat... atas kesalahan memotong dan menghalang lalu lintas," kata ketua polis itu dalam satu kenyataan pada Jumaat (20 Jan). "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu digalak menghubungi Jabatan Trafik Balai Polis Serdang bagi membantu siasatan," katanya. Terdahulu, Cik Nurul Ilham telah menyiarkan di Twitter bahawa beliau menjadi mangsa buli jalan raya ketika sedang memandu bersama anaknya yang berusia dua tahun. - The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg