Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis M'sia: Presiden PAS bukan ancaman, susuli laporan tentang pengganasan

Nov 25, 2017 | 4:35 PM
Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata bagi Malaysia tiada ancaman daripada pelibatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (atas) dalam Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS).
Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata bagi Malaysia tiada ancaman daripada pelibatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (atas) dalam Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS). - Foto BHM

PETALING JAYA: Polis Malaysia berkata ia menyedari laporan berita Arab yang menggambarkan hubungan antara kumpulan pengganas dan presiden pembangkang Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi berkata beliau tidak dianggap sebagai ancaman.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata beliau mengetahui tentang laporan itu, ketika dihubungi akhbar The Star.

"Bagi Malaysia, tidak ada ancaman daripada pelibatannya (Datuk Seri Hadi) dalam kumpulan itu," kata Tan Sri Fuzi.

Beliau menambah bahawa polis akan memantau perkembangan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Saudi Press Agency pada Jumaat (24 Nov), empat negara Arab - Arab Saudi, Mesir, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain - mengisytiharkan Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) sebagai sebuah kumpulan keganasan.

Datuk Seri Hadi naib presiden IUMS, yang berpangkalan di Qatar dan ditubuh pada 2004, dengan diketuai ulama berpengaruh Dr Yusuf Al-Qardawi. Pada Jun, Arab Saudi, UAE, Bahrain, dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar dan menuduh ia menyokong pengganasan.

IUMS salah satu daripada dua entiti baru, bersama 11 orang, yang dimasukkan ke dalam satu senarai empat negara itu yang dipanggil mereka 'senarai pengganasan'. Satu lagi entiti ialah Majlis Islam Antarabangsa, yang juga dikenali sebagai Massaa.

Laporan itu menggambarkan dua entiti tersebut sebagai pertubuhan pengganas yang mempromosikan pengganasan dengan mengeksploitasi wacana Islam dan menggunakannya sebagai topeng untuk memudahkan pelbagai kegiatan pengganas.

PAS telah menolak dakwaan itu. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg