Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Polis M'sia berkas 68 orang dalam serbuan jenayah terancang, rampas aset $4.3 juta

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah menangkap 68 orang yang dipercayai ada kaitan dengan ketua jenayah Hong Kong, dan merampas kenderaan mewah serta membekukan akaun bank sejumlah RM13.1 juta ($4.3 juta) dalam beberapa serbuan minggu lalu.



Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata kelmarin bahawa serbuan itu menyasarkan pengusaha buruan Malaysia, Nicky Liow Soon Hee, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan ketua kongsi gelap 14K Hong Kong Wan Kuok-Koi atau Broken Tooth.



Liow, 33 tahun, dikehendaki polis Malaysia atas tuduhan pengubahan wang haram dan kegiatan jenayah terancang, lapor The Straits Times.



"Pengumpulan risikan oleh pasukan bertindak mendapati Liow, yang merupakan pengasas Winner Dynasty Group, mempunyai hubungan dengan pemimpin jenayah terancang transnasional yang dikenali sebagai Wan Kouk-koi, atau Broken Tooth," kata Tan Sri Hamid dalam satu sidang akhbar.



Mereka yang ditangkap termasuk dua adik lelaki Liow.



Liow, yang mempunyai gelaran datuk seri, dipercayai bersembunyi di Malaysia.



Daripada 68 yang ditahan itu, sebanyak 48 individu ditangkap di bawah Sosma," kata Tan Sri Hamid, sambil menambah bahawa tindakan tegas itu dilancarkan berikutan maklumat yang diterima pada pertengahan Januari oleh polis Johor berkaitan dengan siasatan penipuan Macau.



Sosma, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, adalah undang-undang yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi penjenayah tegar.



Seramai 48 individu yang ditahan terdiri daripada 30 rakyat Malaysia dan 18 warga China.



Tan Sri Hamid berkata polis Johor telah melancarkan operasi lapan hari secara besar-besaran pada 20 Mac, yang dipanggil Ops Pelican 3.0, untuk melumpuhkan sindiket tersebut.



Antara 16 kenderaan yang disita, bernilai keseluruhan RM6.67 juta, adalah Rolls Royce, sementara 41 akaun bank dengan lebih RM4.1 juta telah dibekukan.



Polis juga sedang menyiasat 34 individu daripada pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang yang dipercayai bersekongkol dengan Liow, dedah Tan Sri Hamid.



"Salah seorang pegawai yang terlibat telah membocorkan maklumat kepada Liow, memberi cukup waktu kepada suspek untuk memindahkan sejumlah besar kekayaannya ke lokasi yang tidak didedahkan dan melarikan diri daripada pihak berkuasa.



"Kami telah mengenal pasti pegawai penguatkuasa ini dan kami akan menyiasat. Kami tidak akan membiarkan mereka melarikan diri, "tambahnya.



Ketua polis itu juga ditukil laman berita Malaysia sebagai berkata:



"Saya sudah muak dan sudah beri cukup peringatan kepada mereka. Sudah lama saya katakan supaya memutuskan apa sahaja hubungan mereka dengan kumpulan ini.



"Tetapi daripada hasil tindakan yang diambil, nampaknya ada pengkhianat dalam kalangan orang saya."



Serbuan itu dilakukan di serata kawasan Lembah Klang, kawasan paling mewah dan perindustrian terkaya di Malaysia yang merangkumi Kuala Lumpur.




"Salah seorang pegawai yang terlibat telah membocorkan maklumat kepada Liow, memberi cukup waktu kepada suspek untuk memindahkan sejumlah besar kekayaannya ke lokasi yang tidak didedahkan dan melarikan diri daripada pihak berkuasa... daripada hasil tindakan yang diambil, nampaknya ada pengkhianat dalam kalangan orang saya."
- Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Abdul Hamid Bador.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >