Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis M'sia cari 400 penduduk yang larikan diri sebelum PKPD

Nov 12, 2020 | 9:47 PM
Orang ramai memakai pelitup sebelum menaiki bas di Kuala Lumpur, Malaysia. - Foto REUTERS
Orang ramai memakai pelitup sebelum menaiki bas di Kuala Lumpur, Malaysia. - Foto REUTERS -

SEPANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang meminta bantuan polis untuk mengesan sekitar 400 penghuni Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi yang gagal membuat ujian COVID-19.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Encik Mohamad Zain A Hamid, berkata bilangan mereka yang didapati tidak pulang ke kediaman di situ diperoleh melalui rakan dan jiran selepas polis mengepung kawasan itu pada 6 petang Selasa lalu.

Encik Mohamad Zain berkata, pihaknya mengubah strategi untuk mengepung awal kawasan itu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diisytihar bagi mengelakkan penduduk melarikan diri.

Katanya, kawasan itu dihuni 800 penduduk dan pihaknya sedang mengesan mereka yang 'hilang' melalui rakan sebilik, jiran serta aplikasi MySejahtera.

"Kita merayu kepada penduduk yang tidak pulang supaya kembali membuat ujian kerana perkara ini membabitkan kesihatan bagi mengelak berlakunya kluster baharu di luar kawasan," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Pengurusan Bencana Daerah Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, pada Khamis (12 Nov).

Katanya, mereka yang gagal melakukan ujian akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pusat perniagaan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, dikenakan PKPD sehingga 25 November, membabitkan 284 premis serta 800 penduduk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg