Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis M'sia dipanggil selepas pekerja temui 'mayat' berbalut plastik

Feb 10, 2022 | 6:23 PM
6f87f21f-5674-4da7-94ac-8eb08039f432
- FACEBOOK CENDAWAN CHEESE

SHAH ALAM: Polis di Malaysia dihantar ke bahagian belakang satu kedai motosikal di Shah Alam, Selangor, selepas seorang pekerja pengurusan sisa dikatakan menemui 'mayat' yang dipercayainya dibalut dengan selimut dan plastik. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 3 petang Selasa (8 Feb). "Kami menerima panggilan daripada pekerja pengurusan sisa Kumpulan Darul Ehsan Bhd, mendakwa beliau telah menemui mayat di sana," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (9 Feb).

"Satu pasukan forensik daripada polis Selangor segera dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut." Beliau berkata pasukan itu membuka cadar dan plastik itu dan menemui anak patung lilin berbentuk wanita. "Kami telah mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada kesalahan berlaku, kerana kami mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini. "Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi mengenai imej berkaitan kes itu yang tersebar di media sosial," katanya. - The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg