Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis M'sia lancar operasi banteras jenayah berat
Polis M'sia lancar operasi banteras jenayah berat
Seramai 534 individu, sebahagian besar penjenayah, diberkas termasuk 69 anggota kongsi gelap
Polis M'sia lancar operasi banteras jenayah berat

-
Aug 11, 2016 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Beberapa lokasi yang menjadi 'sarang' kumpulan kongsi gelap dan penjenayah yang dikehendaki di seluruh negara digempur Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam 'Op Cantas Khas 2' yang bermula sejak Sabtu lalu.
Dalam operasi besar-besaran yang dilancarkan untuk membanteras kegiatan jenayah berat serta kegiatan kongsi gelap yang dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa kejadian tembak yang menjadi perhatian negara baru-baru ini, sebanyak 534 individu, yang sebahagian besarnya penjenayah, diberkas termasuk 69 ahli kongsi gelap.