Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis M’sia lebur sindiket dadah didalangi lelaki Iran, rampas dadah bernilai hampir RM4j

Jun 15, 2023 | 5:48 PM
TUMPAS SINDIKET DADAH: Polis Diraja Malaysia mengumumkan usaha menumpas sindiket pengedaran serta rampasan dadah bernilai RM4.06 juta pada Khamis.
TUMPAS SINDIKET DADAH: Polis Diraja Malaysia mengumumkan usaha menumpas sindiket pengedaran serta rampasan dadah bernilai RM4.06 juta pada Khamis. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK POLIS DIRAJA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Polis di sini berjaya menumpaskan sindiket dadah yang didalangi seorang lelaki warga Iran dan merampas dadah bernilai hampir RM4 juta ($1.18 juta).

Seorang lelaki warga Iran berusia 48 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun ditahan menyusuli serbuan di Taman Segambut Aman dan Jalan Ampang pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur Pesuruhjaya Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, serbuan pertama dilakukan di tempat letak kereta di sebuah kondominium di Taman Segambut Aman sekitar 6 petang Selasa.

“Kami merampas 4.2kg syabu daripada sebuah kereta Toyota Estima dan menahan lelaki tempatan itu.

“Dia didapati positif dadah jenis methamphetamine dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut beliau, penahanan pertama membawa polis menemui suspek warga Iran di sebuah unit kondominium di Jalan Ampang.

“Kami merampas 103kg syabu dan 34.7kg ganja. Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan didapati negatif dadah,” katanya.

Pesuruhjaya Mohd Shuhaily berkata, jumlah dadah yang dirampas bernilai RM3.7 juta.

“Kami percaya sindiket itu aktif sejak Mei tahun lalu.

“Mereka memasarkan dadah bagi pasaran di Lembah Klang dan mereka mendapat bekalan dari negara jiran,” katanya.

Lelaki warga Iran itu dipercayai dalang manakala lelaki tempatan itu adalah pengedarnya, kata Komisioner Mohd Shuhaily.

“Kami percaya suspek warga Iran itu aktif mengedar dadah di Iran sejak 2014. Dia masuk dan keluar Malaysia beberapa kali sejak 2014, sambil menyamar sebagai seorang jurutera. Dia berlepas ke Iran tiga bulan lalu dan pulang ke Malaysia bulan lalu,” katanya .

Pesuruhjaya Mohd Shuhaily menambah, suspek direman tujuh hari sehingga 20 Jun ini, katanya.

“Dadah yang dirampas mungkin boleh dibekalkan kepada 1.47 juta pengguna dadah,” jelasnya.

Beliau menggesa orang ramai supaya terus memberikan maklumat mengenai jenayah dan aktiviti berkaitan dadah.

“Kami menggesa mereka yang mempunyai maklumat untuk menghubungi talian hotline 24 jam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID),” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg