Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis M'sia, pemimpin pembangkang bantu golongan kelaparan di Johor Bahru

Jul 06, 2021 | 10:52 PM



JOHOR BAHRU: POLIS Malaysia bersatu hati dengan parti pembangkang di Johor bagi membantu penduduk yang mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mereka teruk terjejas dengan perintah berkurung di negara itu dan terdesak memerlukan bantuan.



Penggubal dasar Parti Keadilan Rakyat di Johor, Encik Akmal Nasir, memberitahu polis dari kawasan Larkin ingin bertemu dengannya.



"Mereka ingin berbincang tentang gerakan bendera putih. Pasukan polis adalah antara mereka yang menjalankan rondaan secara kerap dan mereka simpati dengan rumah yang mengibarkan bendera putih," tulis Encik Akmal di laman Facebook pada Isnin (5 Julai).



Beliau berkata dirinya memberi jaminan kepada pihak polis bahawa beliau akan memberi bantuan buat penduduk yang memerlukan secepat yang mampu dan memuatnaikkan video beliau dan pihak polis mengagihkan keperluan dapur kepada beberapa keluarga pada hari itu.



Gerakan bendera putih atau #BenderaPutih memberi gambaran betapa terdesaknya warga Malaysia yang terjejas dengan tempoh perintah berkurung yang tidak pasti dan menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan kekurangan pendapatan.



Foto sebuah apartmen di Larkin di mana dua keluarga mengibarkan bendera putih selepas kehabisan makanan yang dimuatnaikkan Encik Akmal adalah antara yang menyentuh perasaan warganet.



"Mereka kehilangan sumber pendapatan sejak perintah berkurung dikenalkan dan tidak tahu bagaimana ingin mendapatkan bantuan," katanya lagi.



Kempen ini mula mendapat sambutan di media sosial sejak ia bermula minggu lalu dengan sekumpulan pelajar mencipta aplikasi Sambal SOS bagi membantu orang ramai menemukan bank makanan dan menjejak bendera putih merata Malaysia.



Kebanyakan negeri di Malaysia kini di bawah perintah berkurung sepenuhnya sejak 1 Jun. Kebanyakan bahagian Lembah Klang di bawah perintah berkurung paling ketat selepas melaporkan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi setiap hari.



Kuala Lumpur melaporkan 1,550 kes manakala Selangor pula 3,260 kes, daripada sejumlah 7,654 kes baru pada Selasa (6 Julai).



Kadar pengangguran di Malaysia merosot kepada 4.6 peratus pada April tetapi kesan perintah berkurung yang berlarutan kini dirasakan dengan lebih ramai orang dilaporkan pusat bantuan makanan payah memperolehi bekalan makanan kerana dicerut kesan pandemik ini. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >