KUALA LUMPUR: Sebuah pusat pembelajaran Islam di Perlis, yang diserbu Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman pada 24 September lalu, dipercayai menjadi pusat penyebaran fahaman ideologi 'Salafi Jihadi' di Malaysia sejak lebih empat tahun lalu.

Menurut sumber akhbar Utusan Malaysia semalam, kumpulan fahaman pelampau yang dipelopori Syeikh Muqbil Hadi Al Wadi'i itu mula mencari peluang bertapak di Malaysia pada 2014.