Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Polis Perancis berkas lelaki Afghanistan bersenjatakan pisau di Lyon

Oct 29, 2020 | 11:25 PM

PARIS: Seorang lelaki bersenjatakan pisau ditangkap di bandar Lyon di tenggara Perancis pada Khamis (29 Okt) ketika dia hendak menaiki trem, kata sumber yang dekat dengan siasatan itu kepada AFP.

Suspek warga Afghanistan berusia 20-an tahun itu, yang mengenakan pakaian tradisional Afghanistan, sebelum ini telah dipantau badan perisik Perancis, kata sumber tersebut.

“Dia membawa pisau sepanjang 30cm dan sedang bersiap untuk bertindak,” kata Pierre Oliver, mayor distrik pentadbiran kedua Lyon kepada AFP.

Dia kini sedang disoal siasat dan mungkin akan menjalani ujian psikologi, kata sumber itu.

Perancis pada awal Khamis telah digegarkan dengan kematian tiga orang yang ditikam di sebuah gereja di bandar pesisir pantai Nice.

Penyiasat menganggap kejadian tersebut serangan pengganasan. – AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3