Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis rakam kenyataan Mahathir berkaitan blog

DR MAHATHIR: Disoal berkenaan satu catatan blognya mengenai Datuk Seri Najib.
Feb 25, 2016 | 5:30 AM
Polis rakam kenyataan Mahathir berkaitan blog
KUALA LUMPUR: Polis pagi semalam merakam percakapan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di satu lokasi yang tidak didedahkan di ibu negara menyusuli satu entri penulisan dalam blognya, baru-baru ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam sidang media di Bukit Aman, lapor Berita Harian Online semalam.