Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat amaran ISIS akan lancar serangan di Melaka

Jul 14, 2016 | 7:21 AM
Amaran dalam bahasa Mandarin dan Inggeris itu, yang disebar secara meluas di WhatsApp dan Facebook, menyatakan tempat pelancongan seperti Jonker Street dan Stadthuys serta pusat hiburan antara sasaran ISIS, lapor akhbar New Straits Times.
Amaran dalam bahasa Mandarin dan Inggeris itu, yang disebar secara meluas di WhatsApp dan Facebook, menyatakan tempat pelancongan seperti Jonker Street dan Stadthuys serta pusat hiburan antara sasaran ISIS, lapor akhbar New Straits Times. - GAMBAR THE STAR / ASIA NEWS NETWORK

MELAKA: Polis sedang menyiasat amaran yang tersebar di media sosial bahawa kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mungkin melancarkan serangan di kawasan pelancongan di Melaka, lapor akhbar New Straits Times (NST).

Mesej dalam bahasa Mandarin dan Inggeris itu, yang disebar secara meluas di WhatsApp dan Facebook, menyatakan Jonker Street, Stadthuys dan beberapa pusat hiburan antara sasarannya, lapor harian itu pada Selasa (12 Julai).

Seorang pemilik kafe yang menerima mesej WhatsApp itu telah memfailkan laporan dengan polis Melaka, ujar NST, yang memetik Ketua Polis Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya (AC) Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kesahihan amaran itu sambil mengawal di kawasan yang dikatakan menjadi sasaran.

"Setakat ini, kami hanya menerima satu laporan di Balai Polis Tengkera daripada seorang pemilik kafe yang telah menerima mesej sama melalui WhatsApp," katanya, sebagaimana dipetik oleh NST.

"Saya menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan mesej kerana keadaan terkawal," tambah AC Shaikh Abdul Adzis, sambil memberi nasihat kepada perniagaan supaya beroperasi seperti biasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, AC Kamaluddin Kassim, pula berkata kes itu disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kecemasan kepada orang ramai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg