Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis siasat doktor rawat Maradona atas dakwaan salah laku perubatan

Dec 01, 2020 | 05:30 AM



BUENOS AIRES: Pakar bedah bintang bola sepak dunia Diego Maradona yang sedang disiasat berkata "beliau melakukan apa yang terdaya, termasuk perkara mustahil" bagi seorang pesakit "yang sukar diuruskan".



Pihak pendakwa raya di San Isidro berkata mereka sedang menyiasat Dr Leopoldo Luque manakala televisyen Argentina menayangkan pihak polis menggeledah kediaman doktor itu.



Kenyataan daripada pejabat pendakwa raya berkata mereka sedang menganalisis bahan-bahan yang dikumpul dan menjelaskan "belum ada keputusan dibuat berkaitan mereka yang terbabit".



Kematian legenda bola sepak Argentina Diego Maradona mula disiasat pihak pendakwa raya bagi memastikan sama ada ia membabitkan kecuaian daripada segi perubatan.



"Timbul beberapa perkara yang mencurigakan," kata ahli keluarga Maradona.



Peguam Maradona Matias Morla sebelum ini meminta siasatan dilakukan terhadap dakwaan yang mengatakan ambulans mengambil masa lebih setengah jam untuk tiba ke rumah bintang bola sepak itu selepas menerima panggilan kecemasan pada hari kematiannya.



Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung Rabu lalu, di rumahnya di pinggir bandar Buenos Aires.



Doktor peribadi Maradona itu sedang disiasat kemungkinan melakukan pembunuhan secara tidak sengaja susulan kematian legenda bola sepak itu.



Siasatan dijalankan selepas anak perempuan Maradona, Dalma, Gianinna dan Jana mempersoal rawatan berkaitan masalah jantung ke atas bapa mereka di kediamannya di Tigre.



"Siasatan masih berjalan, kami menyoal beberapa orang saksi termasuk ahli keluarga Maradona.



"Klinik menyarankan beliau dimasukkan ke hospital lain, tetapi keluarga memutuskan sebaliknya.



"Anak perempuannya menandatangani surat kebenaran keluar dari hospital," kata salah seorang ahli keluarga yang enggan didedahkan namanya.



Pada hari sama, Dr Luque, mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan siasatan terhadapnya.



"Anda ingin tahu apa yang saya lakukan? Saya menyayanginya, menjaganya, melanjutkan usianya, menjadikannya lebih baik sehingga ke akhir.



"Dia sepatutnya pergi ke pusat rehabilitasi. Dia tidak mahu," kata doktor berusia 39 tahun itu.



Menurut Dr Luque beliau tidak tahu mengapa tidak ada defibrilator di kediaman Maradona di Tigre dan menjelaskan penjagaan di rumah bukan tanggungjawabnya.



Maradona telah menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di otak pada awal November.



Dr Luque dilaporkan telah membenarkan Maradona pulang lapan hari kemudian. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >