Polis siasat ketua antirasuah M'sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat ketua antirasuah M'sia

Jan 9, 2022 | 5:30 AM

Polis siasat ketua antirasuah M'sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
HADAPI SIASATAN: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. - Foto SHIN MIN
HADAPI SIASATAN: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. - Foto SHIN MIN -

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata laporan polis yang dibuat terhadap Azam berhubung kepentingan dan pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

"Kalau dilihat kesalahan yang dilaporkan, ini berkaitan dengan akta SC. Mereka akan membuat siasatan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima maklum berhubung perkembangan siasatan berkenaan.

"Sekiranya ada kesalahan lain yang wujud, pihak polis akan memulakan satu lagi siasatan dan kertas siasatan baru akan dibuka," katanya selepas menghadiri program membantu mangsa banjir, anjuran Jabatan Pendaftaran Negara, di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata siasatan berhubung kes itu kini dilakukan pelbagai pihak, antaranya Suruhanjaya Sekuriti, selain siasatan dalaman oleh SPRM sendiri, dan ia sekali gus menolak dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan berdiam diri.

"Saya sentiasa dimaklumkan, dan memantau isu berkaitan SPRM, tindakan telah diambil dan gambaran diberikan kerajaan berdiam diri adalah salah. SPRM merupakan suruhanjaya bebas (dan) ada tatacara sendiri kendalikan perkara seperti ini.

"Kita tunggu selesai siasatan, kita tidak boleh 'jump into conclusion' (membuat kesimpulan) seolah-olah Azam Baki bersalah, kita perlu berlaku adil kepada sesiapa sahaja, selepas selesai siasatan baru ambil tindakan," katanya, semalam.

Siasatan dibuat susulan pengakuan Tan Sri Azam bahawa akaun sekuritinya digunakan oleh adik beliau, Datuk Nasir Baki.

Pihak pembangkang juga meminta siasatan dilakukan badan bebas seperti Parlimen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Siasatan Diraja. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg