Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis siasat wanita hina Islam di kelab komedi di Kuala Lumpur

Jul 09, 2022 | 10:12 PM



KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang disyaki menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.



Menurut Berita Harian Malaysia (BHM), Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata siasatan berhubung kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.



"Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (9 Julai).



Noorsiah turut menasihati orang ramai supaya tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan dalam kalangan masyarakat.



Katanya, PDRM akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba bertindak dalam apa juga cara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.



Terdahulu, media melaporkan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menjalankan siasatan berhubung satu klip video tular disyaki menghina agama Islam, yang yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail, di sini.



Menerusi video sepanjang 53 saat itu, kelihatan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri serta mengaku sebagai seorang wanita Muslim serta hafaz 15 juzuk al-Quran.



Sebaik selesai memperkenalkan diri, wanita itu membuka tudung serta baju kurung dipakainya dan mendedahkan pakaiannya yang sebenar iaitu baju terdedah sebahagian dada tanpa lengan serta memakai skirt pendek yang menampakkan sebahagian paha.



Susulan penularan dan kecaman aksi tanggal tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) pada Sabtu, pelawak wanita terbabit yang Kosmo! Online kenal pasti sebagai Siti Amira Natasha Abdullah muncul menerusi siaran langsung dalam saluran YouTube miliknya, petang Sabtu.



Wanita yang disapa Amy bersama kekasihnya, Alex itu menjawab pelbagai soalan pengguna YouTube, terutama berkaitan video kontroversi membabitkan dirinya.



Sedar video persembahannya tular dalam media sosial sehingga mengundang kecaman ramai, wanita terbabit bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan berkaitan tindakan beraninya.



Pada masa sama, Amy yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak mengakui sangat berbangga menjadi seorang Islam.



Dalam pada itu, Alex juga menyifatkan teman wanitanya sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam dan mendakwa akan memeluk agama Islam selain bakal berkahwin tidak lama lagi.



Alex bagaimanapun menghalang Amy daripada menjawab soalan berkaitan video kontroversinya kerana enggan jawapan mereka disalah tafsir.



Ketika ditanya sama ada kekasihnya gemar menanggal pakaian di depan khayalak seperti dilakukannya dalam video tersebut, Alex menafikannya.



“Saya tidak rasa jika dia seronok menanggal pakaian di khayalak,” jawabnya.



Berdasarkan hasil carian, video melibatkan Siti Amira yang tular pada Sabtu dimuat naik dalam YouTube mereka bertarikh 16 Jun lalu dan setakat ini ditonton sebanyak hampir 3,000 kali.



Bagaimanapun, tiada sebarang komen untuk video tersebut yang diklasifikasikan Alex dan Amy untuk penonton berusia 18 tahun ke atas.



Hasil selidik juga mendapati, akaun YouTube pasangan itu dipenuhi dengan banyak perkongsian terbuka mengenai topik hubungan seksual selain memaparkan Amy dalam keadaan menjolok mata dengan hanya memakai baju dalam.



Malah Amy juga dilihat mengenakan tudung dan menutup aurat dengan baik dalam beberapa buah video lain yang berkongsi tentang tip ‘dating’ untuk orang Malaysia.



Pada Sabtu, ramai dikejutkan dengan penularan sebuah video memaparkan tindakan seorang pelawak wanita yang menanggal tudung dan membuka pakaiannya di hadapan ramai ketika mengadakan persembahan komedi solo di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.



Dalam video berkenaan, Amy mengaku berketurunan Melayu, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.



Video tersebut mengundang kecaman sehingga mendapat perhatian banyak pihak termasuklah golongan pendakwah, selebriti dan pelawak yang menyifatkan perbuatannya sangat memalukan dan menghina Islam.



Selain mendapat perhatian serius Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), satu laporan polis tentang perbuatan wanita dalam video berkenaan juga sedang dalam siasatan polis. – BERITA HARIAN MALAYSIA/KOSMO! ONLINE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >