Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Polis Sri Lanka serbu khemah protes, tindak tegas lerai tunjuk perasaan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Polis Sri Lanka serbu khemah protes, tindak tegas lerai tunjuk perasaan

Penunjuk perasaan bantah pelantikan presiden baru negara
Jul 24, 2022 | 06:47 AM

COLOMBO: Pasukan keselamatan Sri Lanka menyerbu khemah protes antipemerintah di Colombo awal pagi semalam, kata dua penganjur protes, menandakan presiden baru negara itu bertindak tegas sehari selepas mengangkat sumpah.

Menurut penganjur, ratusan anggota keselamatan mengepung khemah protes 'Gota Go Gama' yang dinamakan sempena nama bekas Presiden Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, lewat tengah malam dan kemudian mengasingkan sebahagian daripadanya.

Katanya, sekurang-kurangnya 50 penunjuk perasaan cedera, termasuk beberapa wartawan yang dipukul anggota pasukan keselamatan.

Sekurang-kurangnya sembilan tangkapan dilakukan dalam serbuan itu, dipercayai sebagai langkah pentadbiran baru untuk mengurangkan dan menyuraikan protes seumpamanya.

"Ia adalah serangan sistematik dan terancang. Mereka sebenarnya menyerang orang awam dengan kejam," kata penganjur protes, Encik Chameera Dedduwage, kepada agensi berita Reuters.

Jurucakap polis dan tentera bagaimanapun tidak menjawab panggilan ketika dihubungi Reuters.

Sri Lanka berada di bawah darurat yang dikenakan presiden baru, Encik Ranil Wickremesinghe, Ahad lalu.

Peraturan darurat sebelum ini digunakan untuk memberi kuasa kepada pihak tentera menahan penunjuk perasaan dan menyekat hak untuk membantah. Ini bagi membendung pergolakan yang semakin meruncing setelah Encik Rajapaksa meninggalkan negara itu.

Di bawah perintah darurat itu, Encik Wickremesinghe boleh izin penahanan, menyita hartanah dan menggeledah mana-mana premis.

Beliau juga dibenarkan meminda atau menggantung sebarang undang-undang.

Sementara itu, seorang lagi penganjur protes, Encik Manjula Samarasekara, berkata anggota keselamatan bergerak di hadapan sekretariat presiden, selepas mengelilingi kem protes serta mula membongkar beberapa khemah dan menyerang penunjuk perasaan di situ.

Sebahagian daripada kawasan sekretariat era kolonial itu dipenuhi penunjuk perasaan, bersama dengan kediaman rasmi presiden dan perdana menteri awal bulan ini.

Kediaman itu kemudiannya diserahkan semula kepada pihak berkuasa.

"Saya sangat mengambil berat mengenai laporan tapak protes Galle Face. Kami sudah menjelaskan kepentingan hak untuk membantah secara aman," ciap Cik Sarah Hulton, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Sri Lanka menerusi laman Twitter.

Penunjuk perasaan antipemerintah kembali memenuhi jalan-jalan utama di Colombo bagi membantah pelantikan Encik Wickremesinghe sebagai presiden baru Sri Lanka.

Bercakap kepada ratusan orang ramai, ketua penunjuk perasaan, Encik Wasantha Mudalige yang turut mewakili Persekutuan Pelajar Universiti menegaskan mereka sama sekali tidak akan menerima pelantikan tersebut kerana ia bukan dari mandat rakyat.

"Seperti yang anda tahu, Parlimen sudah menetapkan Wickremesinghe sebagai presiden baru negara ini, namun beliau bukanlah orang baru buat kami dan lebih penting, pemilihannya bukan berasaskan mandat rakyat.

"Kita sudah berjaya menjatuhkan Gotabaya Rajapaksa daripada kedudukannya yang sebelum ini memperoleh 6.9 juta undian dalam pilihan raya dan kami tegaskan, Wickremesinghe bukan presiden negara ini," kata Encik Mudalige. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3