PEKANBARU: Pasukan keselamatan Indonesia semalam berjaya menangkap semula hampir kesemua banduan yang lolos dalam kejadian melarikan diri beramai-ramai dari sebuah penjara yang sesak di kepulauan Sumatera.

Sekitar 200 banduan berjaya meloloskan diri dari penjara di bandar Pekanbaru itu setelah mereka dibenarkan keluar dari sel masingmasing untuk menunaikan solat Jumaat.