Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis Thai tahu siapa di sebalik serangan, dua ditahan
Polis Thai tahu siapa di sebalik serangan, dua ditahan
Polis Thai tahu siapa di sebalik serangan, dua ditahan

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 15, 2016 | 5:30 AM
BANGKOK: Polis Thailand semalam berkata mereka "tahu siapa di sebalik" kejadian pengeboman yang menggegarkan beberapa destinasi pelancongan di bahagian selatan negara itu, sambil menambah bahawa pengeboman dan siri serangan pembakaran yang berlaku "adalah berkaitan".
Tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab atas sekurang-kurangnya 11 letupan kecil dan siri serangan pembakaran yang berlaku di hab pelancongan utama pada malam Khamis dan pagi Jumaat lalu yang mengorbankan empat penduduk setempat dan mencederakan ramai lagi, termasuk pelancong dari Eropah.