Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Thai tumpaskan sindiket tipu labur emas $45j dalam talian

Nov 01, 2023 | 03:39 PM



BANGKOK: Polis Thailand telah menumpaskan sindiket penipuan pelaburan emas dalam talian bernilai 1.2 bilion baht ($45.5 juta) yang dijalankan oleh empat warga China dan 22 rakan sejenayah Thailand.


Butiran gerakan serbuan itu didedahkan pada sidang media Biro Siasatan Pusat (CIB) pada Selasa.

Penyiasat CIB menyerbu 21 lokasi di serata Bangkok dan tujuh wilayah lain, membawa waran tangkap untuk 50 suspek.

Mereka menahan 26 daripada suspek bersama aset bernilai 30.9 juta baht.

Ketua Operasi, Kolonel Thirapas Yungyuen, berkata lapan lokasi digeledah di Bangkok, enam di Tak, dua di Pathum Thani, dan masing-masing satu di Samut Prakan, Chon Buri, Surin dan Chaiyaphum.

Polis merampas akaun mata wang digital Bitkub berjumlah 28 juta baht dan 23 buku bank.


Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 21 telefon bimbit, 19 kad Modul Pengenalan Pelanggan (SIM), wang tunai 100,000 baht dan lapan komputer riba.

Anggota kumpulan itu didakwa menggunakan laman Facebook Aurora Gold Trading palsu, untuk menipu orang ramai supaya melabur.

Halaman tersebut menjanjikan pulangan tinggi sebanyak 20 hingga 30 peratus, tetapi apabila mangsa mendapati mereka tidak dapat mengeluarkan wang mereka, kumpulan itu memberi pelbagai alasan sebelum menyekat mereka daripada laman tersebut.

Ramai mangsa telah tertipu dengan penipuan itu, kata Kolonel Thirapas.

Kumpulan itu bekerja secara sistematik, membahagikan tanggungjawab untuk membeli dan mencipta laman Facebook palsu, menyiarkan catatan menipu, berbual dan memperdaya mangsa, menerima pemindahan wang daripada mangsa melalui akaun palsu dan pengubahan wang haram, katanya.

Beberapa ketua kumpulan warga China mengupah warga Thailand untuk membuka tiga syarikat penama untuk membantu mereka ‘membersihkan’ wang itu, tambahnya.

Kumpulan itu menggunakan tiga peringkat akaun bank milik warga Thailand, sebelum akhirnya memindahkan wang itu ke akaun milik bos China yang kemudiannya akan ‘membersihkannya’ melalui tiga kaedah.

Mula-mula, kumpulan itu membeli barangan seperti baja, penghawa dingin dan alat ganti kereta, dan menggunakan firma penama untuk mengeksportnya ke Laos dan Kemboja.

Mereka akan menggunakan firma lain untuk membeli mata wang digital melalui Bitkub, dan satu lagi untuk membeli hartanah di Thailand.


Kolonel Thirapas berkata bahawa 1.2 bilion baht dalam edaran antara ketiga-tiga syarikat itu.

Kebanyakan suspek telah menafikan pertuduhan tetapi sebahagiannya telah mengaku melakukan jenayah, tambahnya.

Beliau berkata CIB telah memantau empat bos China itu sejak sekian lama dan mendapati mereka telah keluar masuk negara beberapa kali.

Beliau berkata rakan sejenayah Thailand itu kebanyakannya bekerja sebagai setiausaha, pengarah syarikat penama dan pemegang akaun penipuan.

Polis kini menyiasat sama ada penasihat undang-undang Thailand bagi tiga firma penama itu mengetahui tentang jenayah itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >