Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Thailand dakwa mantan AP hina sistem diraja di Twitter

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Polis Thailand telah mendakwa seorang mantan ahli parlimen (AP) pembangkang dengan undang-undang lese majeste - melakukan kesalahan kepada Raja - berhubung gesaan untuk membentuk semula sistem beraja, sedang pihak berkuasa meningkatkan tindakan tegas terhadap pengkritik diraja.



Encik Piyabutr Saengkanokkul adalah bekas eksekutif kedua Parti Future Forward yang telah dibubarkan, dan menduduki tempat ketiga dalam pilihan raya umum 2019, untuk didakwa di bawah undang-undang fitnah diraja.



Encik Thanathorn Juangroongruangkit, ketua parti tersebut dan pengkritik kerajaan berprofil tinggi, sebelumnya didakwa mengikut undang-undang sama tahun lalu kerana menyelar strategi vaksin Covid-19 negara, yang didakwanya terlalu bergantung kepada sebuah syarikat milik Raja Maha Vajiralongkorn.



Encik Piyabutr didakwa atas ciapannya (Twitter) pada Oktober tahun lalu, kata peguamnya, Encik Kritsadang Nutcharat.



Ahli politik itu disambut puluhan penyokong yang memberinya bunga dan mengibarkan sepanduk menyeru pemansuhan undangundang penghinaan diraja, yang mewajibkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap kesalahan.



"Bagaimana masyarakat Thai boleh bergerak ke hadapan apabila perbincangan akademik boleh dikenakan dakwaan?" kata Encik Piyabutr, yang menafikan tuduhan itu.



"Kita sepatutnya boleh membincangkan isu reformasi monarki dalam ruang selamat, yang telah menjadi misi saya."



Sistem diraja Thailand telah menghadapi peningkatan kritikan sejak beberapa tahun lalu, dengan gerakan bantahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada 2020 meminta lebih ketelusan dan kebertanggungjawapan daripada institusi itu.



Kerajaan yang diketuai ketua rampasan kuasa yang bertukar menjadi perdana menteri, Encik Prayut Chan-O-cha, telah mempertahankan penggunaan undang-undang lese-majeste, dengan mengatakan melindungi keluarga diraja adalah satu perkara utama demi menjaga keselamatan negara.



Lebih 40 kes telah difailkan di bawah undang-undang lese majeste tahun ini sahaja selepas Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan tahun lalu bahawa tuntutan penunjuk perasaan untuk mereformasi sistem beraja melanggar peruntukan dalam piagam yang digubal tentera, yang melarang sebarang langkah untuk "menggulingkan" institusi diraja. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >