Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Tunisia tahan ketua stesen radio

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



TUNIS: Polis di Tunisia telah menahan ketua stesen radio bebas, pada hari ketiga gerakan menangkap ahli politik pembangkang dan para aktivis.



Isnin lalu, pegawai-pegawai telah menyerbu kediaman Encik Noureddine Boutar, daripada stesen Mosaïque FM, yang sering mengkritik Presiden Kais Saied.



Sejak Sabtu lalu, beberapa orang terkenal, termasuk ahli politik pembangkang, seorang ahli perniagaan terkenal, dua hakim dan seorang mantan diplomat telah ditahan.



Encik Saied berkata, beliau mahu menyelamatkan negara di Afrika Utara itu daripada kekacauan.



Parti pembangkang terbesar di negara itu, Ennahda, menyifatkan penahanan itu sebagai satu "penculikan terhadap penentang-penentang (Encik) Saied."



Ramai rakyat Tunisia yang menyokong Encik Saied apabila beliau mula memegang kuasa pada 2019, kini telah berubah menentang presiden itu.



Pada 2021, Encik Saied memecat perdana menteri, menggantung parlimen dan memperkenalkan satu perlembagaan bagi "satu orang memerintah."



Perlembagaan baru itu menggantikan satu perlembagaan yang digubal tidak lama selepas Arab Springs pada 2011, di mana Tunisia menggulingkan mendiang diktator Zine al-Abidine Ben Ali.



Perlembagaan itu memberi kuasa sepenuhnya kepada ketua negara ke atas tentera.



Januari lalu, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di ibu kota Tunis, mendesak perletakan jawatan Encik Saied.



Rakyat negara itu menjadi semakin gelisah dengan keadaan ekonomi di negara itu yang semakin meruncing.



Dengan hutang negara terus meningkat, negara itu menghadapi kesulitan untuk mengimport keperluan asas termasuk makanan harian seperti kopi, gula dan susu.



Sejauh ini pemerintah telah gagal mendapatkan pinjaman antarabangsa.



Di pusat bandar Tunis, iaitu di Habib Bourguiba Avenue, yang menjadi tapak bagi tunjuk perasaan, Encik Said Anouar Ali, 34 tahun, berkata "Tunisia melalui satu tempoh yang amat membahayakan dalam sejarahnya."



"(Presiden) Saied menguasai sepenuhnya. Ekonomi akan musnah. Kami tidak akan mendiamkan diri," ujarnya.



Tunjuk perasaan itu dianjurkan oleh dua kumpulan pembangkang, dengan ramai anggota polis berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang pergaduhan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >