Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Turkey edar gambar suspek penyerang kelab malam

Jan 03, 2017 | 09:08 AM



KAHIRAH/ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkey kian hampir mengenal pasti sepenuhnya lelaki bersenjata di sebalik tembakan Tahun Baru di sebuah kelab malam Istanbul, yang mengorbankan 39 orang, kata jurucakap pemerintah, Encik Numan Kurtulmus.



Ini selepas mereka mengumpul cap jari dan maklumat asas rupa bentuk lelaki yang masih bebas itu.



ISIS mengaku pada Isnin (2 Jan) bertanggungjawab bagi serangan tersebut. Ia berkata serangan ke atas kelab malam Reina itu bertujuan membalas dendam bagi pelibatan tentera Turkey di Syria.



Dalam satu sidang akhbar di Ankara, Encik Kurtulmus tidak membuat sebarang rujukan kepada tuntutan itu, tetapi berkata adalah jelas operasi ketenteraan Turkey di Syria membuat kumpulan pengganas dan orang-orang di belakang mereka marah.



Namun, beliau berkata serangan di Syria akan diteruskan hingga semua ancaman ke atas Turkey dilenyapkan.



Encik Kurtulmus berkata polis telah menahan lapan orang sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.



Polis mengedarkan gambar hitam putih kabur seorang lelaki bersenjata yang dikatakan diambil daripada rakaman video keselamatan.



Pihak berkuasa percaya penyerang itu dari sebuah negara Asia Tengah dan mengesyaki dia mempunyai hubungan dengan ISIS, kata akhbar Hurriyet.



Ia berkata lelaki berkenaan mungkin daripada sel sama yang bertanggungjawab bagi serangan senjata api dan bom di lapangan terbang utama di Istanbul Jun lalu, di mana 45 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera.



Sekitar 600 orang berada di dalam kelab malam itu apabila lelaki tersebut menembak mati seorang pegawai polis dan orang awam di pintu, sebelum masuk ke dalam dan melepaskan tembakan dengan raifal automatik Kalashnikov.



Warga Arab Saudi, Lebanon, Maghribi, Libya, Israel, India, Canada, Turkey-Belgium dan Perancis-Tunisia antara yang terbunuh di kelab malam di tebing sungai Bosphorus itu. Seramai 25 mangsa adalah warga asing, menurut agensi berita Anadolu kendalian negera.



Saksi berkata, penyerang itu melaungkan 'Allahuakbar'. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >