Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Politik M'sia: PH akan bincang rang antilompat parti dengan PM

Jun 15, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti.



Ia susulan kegagalan kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan RUU itu.



Majlis Presiden PH bagaimanapun berharap RUU itu akan dapat dibentang, dibahas seterusnya diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.



"Majlis Presiden Pakatan Harapan menimbulkan rasa kecewa di atas kegagalan kerajaan memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang RUU Antilompat Parti seperti dimaklumkan sebelum ini.



"Dengan meluluskan RUU ini, maka 15 dari 18 perkara dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara PH dan kerajaan akan tercapai, bersamaan dengan 83 peratus" katanya dalam kenyataan.



Menurut PH, tiga perkara MOU yang masih perlu dilaksana adalah menetapkan had dua penggal atau 10 tahun bagi perdana menteri, membentang RUU perkhidmatan parlimen dan meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.



"Oleh itu, pimpinan utama PH akan mengadakan pertemuan segera dengan perdana menteri bagi membincang RUU Antilompat Parti serta perkara-perkara di atas," katanya.



Kenyataan Majlis Presiden PH berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah Encik Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke Siew Fook, dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Encik Madius Tangau.



Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan mesyuarat khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.



Dr Wan Junaidi berkata sebaliknya RUU berkaitan peruntukan larangan itu akan dibentang dan dibahaskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022 bermula 18 Julai, sebelum disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaannya.



Dr Wan Junaidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, pada Rabu lalu berkata, pihaknya bersetuju untuk meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri bagi mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama Julai ini.



Pada Khamis lalu, Datuk Ismail Sabri memutuskan tiada keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang serta membahaskan RUU berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.



Majlis Presiden PH sebelum ini pernah menggesa Datuk Ismail Sabri mengadakan sidang khas Parlimen bagi membahaskan RUU Antilompat Parti tersebut.



Menurut kenyataan bersama pemimpin PH, sebelum ini Perdana Menteri sudah beberapa kali memberikan komitmen untuk membahaskan RUU itu, namun ia belum dilaksanakan lagi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >