Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolitik wang: 2 ahli PKR ditahan minta sogokan RM20,000
Politik wang: 2 ahli PKR ditahan minta sogokan RM20,000
Politik wang: 2 ahli PKR ditahan minta sogokan RM20,000
ALOR SETAR: Dua anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Sabtu (15 September) kerana cuba mendapatkan rasuah sebanyak RM20,000 ($6,641).
Lelaki berusia 46 dan 48 itu, difahamkan ialah anggota jawatankuasa pilihan raya PKR Kedah, didakwa meminta RM20,000 daripada seorang calon untuk memastikan nama beliau kekal dalam sistem bagi pilihan raya parti itu yang dijadualkan pada 22 September.
Menurut satu sumber, suspek memberitahu calon tersebut bahawa namanya akan digugurkan daripada senarai calon kecuali beliau membayar wang itu.
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan pada 12.20 malam di sebuah restoran di Alor Setar pada Sabtu manakala lelaki 46 tahun itu pada 3.25 pagi di tol plaza Pendang di Lebuhraya Utara-Selatan.
SPRM juga merampas wang tunai berjumlah RM10,000 daripada kedua-duanya.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, mengesahkan penahanan dua lelaki tersebut.
Dua suspek itu dibawa ke kompleks mahkamah di Alor Setar pagi Ahad (16 Sep) dengan dikawal pegawai SPRM. Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun membenarkan perintah reman ke atas mereka hingga 21 Sep. - The Star Online.
